Isnin, 7 Disember 2009

SETELAH 20 TAHUN BERLALU...


TAHUN 1989, SEKOLAH MENENGAH CONVENT SEREMBAN KAMI TINGGALKAN...


Masing2 bawa haluan sendiri...cuma ada 2, 3 orang masih dihubungi. Sebelum ni bila orang minta masuk dlm FB, fikir2 ahhh.. buang masa.. untuk apa?? (kang tak pasal2 tersesat jmpa pakwe lamo yg bersepah2 ditinggalkan.. kahkahkah). Yang sign up utk FB pun anak dara saya..saya masuk pun bila kawan/sedara suruh, bila ada ceta hawt2...



Sehinggalah pada suatu hari.. saya npk kwn2 FB keluarkan gbr zaman sek mereka, Saya teringat kawan2 masa form 1 - 5, masa kat SMC.. Try p search nitty, azura, teja, razleena n ramai lagi. Alhamudlillah..dapat search NITTY. Nitty bagi respon yg baik sekali..Kami sama2 teruja.. Rupa2nya Nitty dah lamaaaa jumpa kwn2 kat FB. Aku kah yg ketinggalan?? Namun saya bersyukur, ianya bukan terlalu lewat.. Ramai lg kwn2 yang masih tertinggal, mungkin mcm saya juga sebelum ni, tak terfikir ke arah itu lagi.. Mungkin mereka sibuk dgn tugasan dan kerja harian.. Jadi Nitty hubungkan saya dgn kawan2 yg ada dlm senarainya..


Dan tanggal 5/12/2009.....

Allson Klana Sbn menjadi saksi pertemuan kami..

Walaupun bukan semua dapat hadir, dan ianya adalah tidak dirancang dgn sempurna, saya secara peribadi amat2 bersyukur dgn mini reunion ini.. Thanks Nitty dan maaflah kiranya ia mer'musnah'kan rancangan awak yang asal..

Airmata dah jatuh dalam perut.. perut tak penting utk diisi..
Nitty - Sahabat saya sejak 1985

TERIMA KASIH FACEBOOK.. kami sangkakan kami tak akan bertemu selepas Convent kami tinggalkan.. Dan.. tempahan jahitan manik serta publisiti KM pun bertambah.. (mudah2an) Terlalu banyak hikmah yang diturunkan oleh Nya..