
Memaparkan catatan dengan label KOLEKSI KM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOLEKSI KM. Papar semua catatan
Isnin, 4 Januari 2010
Khamis, 12 November 2009
TUGASAN DI KL & TUGASAN DI SBN
Jumaat ni (esok) mungkin anak2 akan memontengkan diri ke sekolah...atau anak saudara saya (si Kak Yang yg cumil huahua... ayat nak bodek) akan menjaga mereka..Kalau anak saya ponteng, saya akan bermalam di sana, kalau tak boleh ponteng... Kak Yang akan 'membibikkan' diri di rumah ni...Anak2 ku ini macamlah p sekolah tu belajar sangat, masing2 siap bawak camera lah, hp lah, pas tu siap menari poco2 lah... (apa jenis mak ni???)..
Esok, (13/11/2009) bertempat di Balai Alam Damai, Cheras akan diadakan raptai untuk Pertandingan Memasak Perkep Kontijen KL, saya selaku AJK Perkep Daerah Cheras akan bersama2 membantu. Ianya akan berlangsung pada hari Sabtu, 14/11/2009 dimana ianya akan di rasmikan oleh Isteri Ketua Polis KL, YBHG Datin Wira Wan Safiah Bt Hj Wan Salim. Turut hadir, Ketua Polis KL, YDH DCP Dato Wira Muhammad Sabtu Bin Osman.
Oleh kerana IPD Daerah Cheras menjadi tuan rumah dan Pengerusi Perkep Daerah Cheras, Puan Siti Salmiah selaku AJK Kraftangan & Masakan, maka kami diberi satu gerai untuk pamerkan bahan/kraftangan dari anggota Perkep kami. Rakan saya, Puan Mimi mencadangkan saya untuk pamerkan baju dan kasut bermanik. Puan Mimi sendiri akan pamerkan sulaman riben dan benang. Doakan segalanya berjalan lancar...
Dan saya sempat jahitkan beg tangan bermanik kepunyaan rakan kakak saya, Deq Jana. Semalam saya serahkan kat kakak, maklumlah malam ni dia nak guna untuk dinner...katanya Deq Jana puashati..syukurlah...



Baju CT pun dah siap, saya nak kena hantar dry clean dulu. Lega sikit nak kemana2 kalau "hutang" dah bayar...
Rabu, 4 November 2009
KOLEKSI KM - part 3
Baju CT masih dalam proses, leher hampir siap, tangan mgkn petang bole mula dah... Semangat dah sampai... pantang ada masa, jahit, jahit dan jahit... Semalam sms CT, inform bajunya belum siap2, katanya bukan nak segera pun..sib baikk..
Gambar ni belum saya update kat FP lagi, tgklah kejap2 lagi ke.. Baju Cikgu Rhodiah.. Yaya yang jahitkan. Tangan cuff, corak kain macam bersisik2 gitu.. so yang kat belah sisik2 tu Yaya letak labuci sisik ikan.. selebihnya manik2 cylinder...
Mus.. glamer baju akak Mus... Takpo kak, cikgu bosar memang kono glamer.. hehehe..
Mus.. glamer baju akak Mus... Takpo kak, cikgu bosar memang kono glamer.. hehehe..
Selasa, 27 Oktober 2009
KOLEKSI KM PART 2
SEBAHAGIAN LAGI KOLEKSI KM. DAH PASTE DALAM FOTOPAGES TADI, CUMA TAK SEMUANYA ADA DI SINI...






Dah agak lama tak pegang jarum... hampir dua minggu (lebih kot)... Sejak buat open house, kemudian anak saudara, Nurul Afita pulak bertunang pada 25/10/2009.. so saya pun sama sibuk tolong buat persiapan. Tempahan pun tak berapa banyak, under control.. kita tarik handbrake sikit..Mungkin lusa start menjahit balik, arhhh dah lama rehat rasa malasssss je nak mulakan..






Dah agak lama tak pegang jarum... hampir dua minggu (lebih kot)... Sejak buat open house, kemudian anak saudara, Nurul Afita pulak bertunang pada 25/10/2009.. so saya pun sama sibuk tolong buat persiapan. Tempahan pun tak berapa banyak, under control.. kita tarik handbrake sikit..Mungkin lusa start menjahit balik, arhhh dah lama rehat rasa malasssss je nak mulakan..
Khamis, 22 Oktober 2009
Hasil Kerja 1
Ini adalah antara hasil kerja yang telah saya usahakan...
Akan datang lebih banyak lagi hasil kerja akan diupload...
Tungguuuuu........!!!
Langgan:
Catatan (Atom)












