Isnin, 4 Januari 2010

Isnin, 7 Disember 2009

SETELAH 20 TAHUN BERLALU...


TAHUN 1989, SEKOLAH MENENGAH CONVENT SEREMBAN KAMI TINGGALKAN...


Masing2 bawa haluan sendiri...cuma ada 2, 3 orang masih dihubungi. Sebelum ni bila orang minta masuk dlm FB, fikir2 ahhh.. buang masa.. untuk apa?? (kang tak pasal2 tersesat jmpa pakwe lamo yg bersepah2 ditinggalkan.. kahkahkah). Yang sign up utk FB pun anak dara saya..saya masuk pun bila kawan/sedara suruh, bila ada ceta hawt2...



Sehinggalah pada suatu hari.. saya npk kwn2 FB keluarkan gbr zaman sek mereka, Saya teringat kawan2 masa form 1 - 5, masa kat SMC.. Try p search nitty, azura, teja, razleena n ramai lagi. Alhamudlillah..dapat search NITTY. Nitty bagi respon yg baik sekali..Kami sama2 teruja.. Rupa2nya Nitty dah lamaaaa jumpa kwn2 kat FB. Aku kah yg ketinggalan?? Namun saya bersyukur, ianya bukan terlalu lewat.. Ramai lg kwn2 yang masih tertinggal, mungkin mcm saya juga sebelum ni, tak terfikir ke arah itu lagi.. Mungkin mereka sibuk dgn tugasan dan kerja harian.. Jadi Nitty hubungkan saya dgn kawan2 yg ada dlm senarainya..


Dan tanggal 5/12/2009.....

Allson Klana Sbn menjadi saksi pertemuan kami..

Walaupun bukan semua dapat hadir, dan ianya adalah tidak dirancang dgn sempurna, saya secara peribadi amat2 bersyukur dgn mini reunion ini.. Thanks Nitty dan maaflah kiranya ia mer'musnah'kan rancangan awak yang asal..

Airmata dah jatuh dalam perut.. perut tak penting utk diisi..
Nitty - Sahabat saya sejak 1985

TERIMA KASIH FACEBOOK.. kami sangkakan kami tak akan bertemu selepas Convent kami tinggalkan.. Dan.. tempahan jahitan manik serta publisiti KM pun bertambah.. (mudah2an) Terlalu banyak hikmah yang diturunkan oleh Nya..

Isnin, 16 November 2009

JOM MASAK BERSAMA IPK KL & ADABI 14/11/2009






Alhamdullilah... segalanya lancar..



Saya tidak dapat hadir pagi raptai, saya cuma dapat membantu pada sebelah petang sahaja. Sekitar jam 3 petang saya bersama keluarga sampai di Balai Alam Damai Cheras. Cantik dan luas sekali Balai baru ni..Mesra haiwan lagi. Ada monyet 2 ekor, kucing 2 ekor dan ikan2 yang besar didalam aquarium..Wah... pak polisi kat situ nampak je serius tapi kucing2 siap panjat2 atas bahu mereka..



Bila saya datang, khemah untuk pameran saya belum pasang lagi. Saya dan Puan Mimi setia menanti..bila dah siap je pasang, macam lipas kudung lah saya dan Puan Mimi buat kerja. Maklumlah tak ramai ahli perkep yang dapat hadir membantu masa ni. Masing2 sibuk dengan tugasan seharian. Puan Mimi dan rakan2 yang lain beberapa hari sebelum tu sudah sibuk dan kurang rehat untuk memastikan majlis ni lancar. Meeting, persiapan bahan2 dan macam2 lagi. Pn Mimi menyusun bahan sulaman benang dan sulaman riben nya. Saya cuma letak patung dan penyangkut pakaian. Puan Ana dan Pn Lin sibuk menghias gerai jualan air.



14/11/2009 - Pagi ni baru saya sarungkan baju kat patung2.. Rakan2 yang lain sibuk dengan tugasan yang diamanahkan. Perisapan menyambut tetamu, meja VIP, meja memasak, gerai2 jualan dan macam2 lagi. Semangat kerjasama antara anggota dan ahli Perkep amat padu. Majlis berjalan dengan lancar dan isteri Ketua Polis KL (Datin Wira Hjh Wan Safiah) telah merasmikannya.. Beliau sempat meninjau gerai pameran saya dan Pn Mimi. Isteri Timbalan Ketua Polis KL, Datin Maziah amat berminat dengan design baju hijau (raya) Yaya. Alhamdulillah, walaupun majlis ini tidaklah sebesar mana dan bukan dihadiri oleh ramai orang awam, namun saya berpuashati dan bersyukur. Sekurang2nya saya dapat menaburkan bakti kepada ahli Perkep balai2 lain yang berminat untuk mempelajari jahitan manik dan labuci. Kata orang, tuah ayam npk dikaki tuah manusia sape tahu, mana tahu lepas ni ada peluang lain menanti... Dan dalam setiap kategori pertandingan memasak yang kami (IPD Cheras) masuk bertanding, kami mendapat tempat kedua... wah berbaloi sungguh penyertaan kami.. hilang rasa penat.. paling gembira, gerai jualan kami menjadi juara kategori gerai tercantik. Kredit kepada OCS Salak Selatan Baru (huahua...) kerana bersusah payah membawa gerai "PERSADA" untuk kami pinjam...


Kebanyakan gambar anak saya yg snap... kira ok lah jugak. Mood diaorang pun ok je. Sulaman benang dari Pn Mimi..


Datin melawat peserta yang bertanding.Isteri Ketua Polis KL dan isteri Timbalan melawat gerai pameran saya dan Pn Mimi.
Tkasih Datin... beri sokongan kepada kami...

Gerai pameran saya dan Pn Mimi.



Kami beramah mesra bersama Datin





Saya dan Pn Mimi sempat kejar 2 artis ni.. hehehe.. A.Aida datang bersama suami (bertugas di IPK KL), Safura hadir untuk buat persembahan. Sempat berduet 2 lagu bersama Dato KP.


Pn Tini, Pn Mimi, Pn Ana, Me, Pn Siti Salmiah (isteri OCPD Cheras), Pn Lin, Azizah dan Azlina - dalam pada letih sempat posing gak..


Balik dari pertandingan... kami rehat kejap. Fuhhh logo raso eh...Pas tu Adam dah bising nak turun mandi.


Bang, kau ajar lah Adam berenang bang...

Keesokannya.. kami sempat ke Berjaya Times Square atas permintaan Adam juga. Entah macamana, dalam keletihan, terbuka pintu hati ayah Adam untuk ke sana. Hehe susah ajak orang tua ni jenjalan.. dan.. tiba2 nak masuk je parking...terus BLCAK OUT...

Tulah yah, buat sesuatu kena ikhlas...


Baju ni nak pakai hari Sabtu, tapi dah ada baju yg disediakan, saya pakailah baju saya beli ni hari Ahad.Tkasih tukang sponsor...

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kami menjayakan majlis ini. Kita jumpa pada 17/12/2009 nanti di majlis perasmian rumah perkep di IPK KL. Insyaallah, saya dijemput lagi untuk pamerkan bahan yang sama. Jumpa di sana...

Khamis, 12 November 2009

TUGASAN DI KL & TUGASAN DI SBN

Jumaat ni (esok) mungkin anak2 akan memontengkan diri ke sekolah...atau anak saudara saya (si Kak Yang yg cumil huahua... ayat nak bodek) akan menjaga mereka..Kalau anak saya ponteng, saya akan bermalam di sana, kalau tak boleh ponteng... Kak Yang akan 'membibikkan' diri di rumah ni...Anak2 ku ini macamlah p sekolah tu belajar sangat, masing2 siap bawak camera lah, hp lah, pas tu siap menari poco2 lah... (apa jenis mak ni???)..

Esok, (13/11/2009) bertempat di Balai Alam Damai, Cheras akan diadakan raptai untuk Pertandingan Memasak Perkep Kontijen KL, saya selaku AJK Perkep Daerah Cheras akan bersama2 membantu. Ianya akan berlangsung pada hari Sabtu, 14/11/2009 dimana ianya akan di rasmikan oleh Isteri Ketua Polis KL, YBHG Datin Wira Wan Safiah Bt Hj Wan Salim. Turut hadir, Ketua Polis KL, YDH DCP Dato Wira Muhammad Sabtu Bin Osman.


Oleh kerana IPD Daerah Cheras menjadi tuan rumah dan Pengerusi Perkep Daerah Cheras, Puan Siti Salmiah selaku AJK Kraftangan & Masakan, maka kami diberi satu gerai untuk pamerkan bahan/kraftangan dari anggota Perkep kami. Rakan saya, Puan Mimi mencadangkan saya untuk pamerkan baju dan kasut bermanik. Puan Mimi sendiri akan pamerkan sulaman riben dan benang. Doakan segalanya berjalan lancar...


Dan saya sempat jahitkan beg tangan bermanik kepunyaan rakan kakak saya, Deq Jana. Semalam saya serahkan kat kakak, maklumlah malam ni dia nak guna untuk dinner...katanya Deq Jana puashati..syukurlah...




Baju CT pun dah siap, saya nak kena hantar dry clean dulu. Lega sikit nak kemana2 kalau "hutang" dah bayar...






Isnin, 9 November 2009

HOBEN JANG HOBEN..



Agak terlewat nak menyuarakan kegembiraan di hati.. Kebanyakan BLOG santapan wajib saya dah 'siarkan' mengenai kemenangan NS menentang Kelantan, 3-1. Blog TIJAH dan HJH ESAH le.. seronok baca blog mereka. (sebab satu kampung ko agak e??? ) eh tak.. tak.. Blog mereka ada sesuatu untuk di bawa pulang hehehe...Tak perlu lah cerita panjang.. anda bacalah sendiri. Ada juga blog lain saya buka, tapi bukanlah setiap hari..


Hati rasa resah sebab anak, pak cik spekter (bertugas pakcik ni) dan anak saudara berada di Stadium, yelah kami dah jangkakan tindakan pasukan lawan (baling botol, bakar mercun)..Bila NS sumbat gol... rasa resah tu hilang kejap..tapi bila tgk mcm2 objek di baling kat padang, risau lagi..nak cerita pun panjang..kat paper n radio hari ni dah banyak bincang pasal isu ni. Kito bueklah pengajaran yo...

Yeahhh... Skuad Hoben Jang Hoben telah menceriakan hari Sabtu kami...


Rabu, 4 November 2009

KOLEKSI KM - part 3

Baju CT masih dalam proses, leher hampir siap, tangan mgkn petang bole mula dah... Semangat dah sampai... pantang ada masa, jahit, jahit dan jahit... Semalam sms CT, inform bajunya belum siap2, katanya bukan nak segera pun..sib baikk..
Gambar ni belum saya update kat FP lagi, tgklah kejap2 lagi ke.. Baju Cikgu Rhodiah.. Yaya yang jahitkan. Tangan cuff, corak kain macam bersisik2 gitu.. so yang kat belah sisik2 tu Yaya letak labuci sisik ikan.. selebihnya manik2 cylinder...

Mus.. glamer baju akak Mus... Takpo kak, cikgu bosar memang kono glamer.. hehehe..
kat belah siku tu, letak labuci n rantai

Baju batik. Warnanya memang saya suka, pink pekat. Penuh bahagian depan ni Yaya jahit. Dari dulu memang takda masalah utk jahit baju Cikgu Rhodiah. Dia beri kebebasan kepada kami nak buat apa design sekalipun..
Baju batik kitapun tak sempat jahit macam ni..

Tangannya, ada sulaman, katanya ditempah di Kelantan. Amat murah sulaman disana, cantik n tebal pulak tu... So tambah labuci n rantai juga.




Daa..



Isnin, 2 November 2009

BENGKEL? MENJAHIT? REHAT2????

Mentang2 lah jahitan tak berapa banyak, baru 2 hari lepas start jahit baju kedua kepunyaan CT dari KL.. Lepas tu ada 2 student datang belajar, kemudian ada customer datang tempah baju...Jadi jahitan untuk baju CT terbantut sudahhhh... Dan mulai sekarang saya tak bole terus leka dan bersenang lenang hehehe.. udah banyak baju menanti utk dijahit. Itulah manusia, sifat lalai tetap ada, sepatutnya baju CT sememangnya sudah siap. Maaflah CT ye. Tak tau lah kenapa kebelakangan ni susah sgt nak pegang jarum, maklumlah dah sedap berehat. Lagipun bila ada perkara yg penting datang, saya utamakannya dahulu. Bila ada student, saya tak usik apa dah. Fokus saya boleh dikatakan 100% kepada student. (sms dan kol tetap layannnnn... dengan izin gak tu.. hehehehe)..Ke sebab bila student datang, kita dapat COD??? huhua sape nak jwab???


Dan fokus menjahit saya agak terbantut juga, kerana student dan customer yg datang pada hari ini, tak tau kenapa... kedua2nya mebuatkan saya tersentak seketika.. Dua2 kakak yang datang ke rumah saya ni, mungkin suratan atau kebetulan, bila berbicara...banyak menasihat dan memberi panduan tentang mendidik anak2. Bagaimana bersabar, mencontohi sifat2 dan kisah2 Nabi, sifat ibu jangan terlalu mendesak disamping jangan terlalu menuruti. Ada rasa bersalah disitu, dengan anak2, anak2 saudara dan keluarga.. Maklumlah orang panas baran...Sampai menitis airmata kami, namun saya harapkan agar nasihat dari kak Gee dan Kak Miah terus berbisik2 di telinga saya... Saya bukan makhluk sempurna, tapi saya berdoa agar setiap apa tindakan yang akan saya lakukan, saya berfikir dengan lebih mendalam dan lebih matang. Dan nak saya tumpangkan kegembiraan disini, tips yang Kak Gee bagi telah dan amat berkesan sekali pada hari ini. Tak perlu saya ceritakan. Saya bersyukur kerana dalam hidup saya, saya dapat membezakan nasihat dan tips siapa yang saya rasa bole saya guna pakai... Betul, ada juga kawan2 atau saudara bagi nasihat tapi nampak lebih kepada 'padankan muka aku"..Saya berdoa agar nasihat Kak Gee dan Kak Miah terus saya jadikan panduan dalam menempuh hari2 mendatang..Aminnn...

Dalam bidang ni, saya bertemu dengan pelbagai ragam n perangai manusia. Tapi hati saya akan terlekat dengan orang2 yang saya rasa serasi aje. Saya susah nak dapat kawan baik sebab saya bukan jenis pandai berkawan/sosial. Cakap pun tak pandai.. Tapi kalau dah serasi, saya akan berkawan sampai bila2.. Insyallah...

Nak update gambar sebenarnya, tapi dah start hujan/petir... TBC...