Khamis, 12 November 2009

TUGASAN DI KL & TUGASAN DI SBN

Jumaat ni (esok) mungkin anak2 akan memontengkan diri ke sekolah...atau anak saudara saya (si Kak Yang yg cumil huahua... ayat nak bodek) akan menjaga mereka..Kalau anak saya ponteng, saya akan bermalam di sana, kalau tak boleh ponteng... Kak Yang akan 'membibikkan' diri di rumah ni...Anak2 ku ini macamlah p sekolah tu belajar sangat, masing2 siap bawak camera lah, hp lah, pas tu siap menari poco2 lah... (apa jenis mak ni???)..

Esok, (13/11/2009) bertempat di Balai Alam Damai, Cheras akan diadakan raptai untuk Pertandingan Memasak Perkep Kontijen KL, saya selaku AJK Perkep Daerah Cheras akan bersama2 membantu. Ianya akan berlangsung pada hari Sabtu, 14/11/2009 dimana ianya akan di rasmikan oleh Isteri Ketua Polis KL, YBHG Datin Wira Wan Safiah Bt Hj Wan Salim. Turut hadir, Ketua Polis KL, YDH DCP Dato Wira Muhammad Sabtu Bin Osman.


Oleh kerana IPD Daerah Cheras menjadi tuan rumah dan Pengerusi Perkep Daerah Cheras, Puan Siti Salmiah selaku AJK Kraftangan & Masakan, maka kami diberi satu gerai untuk pamerkan bahan/kraftangan dari anggota Perkep kami. Rakan saya, Puan Mimi mencadangkan saya untuk pamerkan baju dan kasut bermanik. Puan Mimi sendiri akan pamerkan sulaman riben dan benang. Doakan segalanya berjalan lancar...


Dan saya sempat jahitkan beg tangan bermanik kepunyaan rakan kakak saya, Deq Jana. Semalam saya serahkan kat kakak, maklumlah malam ni dia nak guna untuk dinner...katanya Deq Jana puashati..syukurlah...




Baju CT pun dah siap, saya nak kena hantar dry clean dulu. Lega sikit nak kemana2 kalau "hutang" dah bayar...






1 ulasan: