Isnin, 16 November 2009

JOM MASAK BERSAMA IPK KL & ADABI 14/11/2009






Alhamdullilah... segalanya lancar..



Saya tidak dapat hadir pagi raptai, saya cuma dapat membantu pada sebelah petang sahaja. Sekitar jam 3 petang saya bersama keluarga sampai di Balai Alam Damai Cheras. Cantik dan luas sekali Balai baru ni..Mesra haiwan lagi. Ada monyet 2 ekor, kucing 2 ekor dan ikan2 yang besar didalam aquarium..Wah... pak polisi kat situ nampak je serius tapi kucing2 siap panjat2 atas bahu mereka..



Bila saya datang, khemah untuk pameran saya belum pasang lagi. Saya dan Puan Mimi setia menanti..bila dah siap je pasang, macam lipas kudung lah saya dan Puan Mimi buat kerja. Maklumlah tak ramai ahli perkep yang dapat hadir membantu masa ni. Masing2 sibuk dengan tugasan seharian. Puan Mimi dan rakan2 yang lain beberapa hari sebelum tu sudah sibuk dan kurang rehat untuk memastikan majlis ni lancar. Meeting, persiapan bahan2 dan macam2 lagi. Pn Mimi menyusun bahan sulaman benang dan sulaman riben nya. Saya cuma letak patung dan penyangkut pakaian. Puan Ana dan Pn Lin sibuk menghias gerai jualan air.



14/11/2009 - Pagi ni baru saya sarungkan baju kat patung2.. Rakan2 yang lain sibuk dengan tugasan yang diamanahkan. Perisapan menyambut tetamu, meja VIP, meja memasak, gerai2 jualan dan macam2 lagi. Semangat kerjasama antara anggota dan ahli Perkep amat padu. Majlis berjalan dengan lancar dan isteri Ketua Polis KL (Datin Wira Hjh Wan Safiah) telah merasmikannya.. Beliau sempat meninjau gerai pameran saya dan Pn Mimi. Isteri Timbalan Ketua Polis KL, Datin Maziah amat berminat dengan design baju hijau (raya) Yaya. Alhamdulillah, walaupun majlis ini tidaklah sebesar mana dan bukan dihadiri oleh ramai orang awam, namun saya berpuashati dan bersyukur. Sekurang2nya saya dapat menaburkan bakti kepada ahli Perkep balai2 lain yang berminat untuk mempelajari jahitan manik dan labuci. Kata orang, tuah ayam npk dikaki tuah manusia sape tahu, mana tahu lepas ni ada peluang lain menanti... Dan dalam setiap kategori pertandingan memasak yang kami (IPD Cheras) masuk bertanding, kami mendapat tempat kedua... wah berbaloi sungguh penyertaan kami.. hilang rasa penat.. paling gembira, gerai jualan kami menjadi juara kategori gerai tercantik. Kredit kepada OCS Salak Selatan Baru (huahua...) kerana bersusah payah membawa gerai "PERSADA" untuk kami pinjam...


Kebanyakan gambar anak saya yg snap... kira ok lah jugak. Mood diaorang pun ok je. Sulaman benang dari Pn Mimi..


Datin melawat peserta yang bertanding.Isteri Ketua Polis KL dan isteri Timbalan melawat gerai pameran saya dan Pn Mimi.
Tkasih Datin... beri sokongan kepada kami...

Gerai pameran saya dan Pn Mimi.



Kami beramah mesra bersama Datin





Saya dan Pn Mimi sempat kejar 2 artis ni.. hehehe.. A.Aida datang bersama suami (bertugas di IPK KL), Safura hadir untuk buat persembahan. Sempat berduet 2 lagu bersama Dato KP.


Pn Tini, Pn Mimi, Pn Ana, Me, Pn Siti Salmiah (isteri OCPD Cheras), Pn Lin, Azizah dan Azlina - dalam pada letih sempat posing gak..


Balik dari pertandingan... kami rehat kejap. Fuhhh logo raso eh...Pas tu Adam dah bising nak turun mandi.


Bang, kau ajar lah Adam berenang bang...

Keesokannya.. kami sempat ke Berjaya Times Square atas permintaan Adam juga. Entah macamana, dalam keletihan, terbuka pintu hati ayah Adam untuk ke sana. Hehe susah ajak orang tua ni jenjalan.. dan.. tiba2 nak masuk je parking...terus BLCAK OUT...

Tulah yah, buat sesuatu kena ikhlas...


Baju ni nak pakai hari Sabtu, tapi dah ada baju yg disediakan, saya pakailah baju saya beli ni hari Ahad.Tkasih tukang sponsor...

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kami menjayakan majlis ini. Kita jumpa pada 17/12/2009 nanti di majlis perasmian rumah perkep di IPK KL. Insyaallah, saya dijemput lagi untuk pamerkan bahan yang sama. Jumpa di sana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan