Isnin, 9 November 2009

HOBEN JANG HOBEN..



Agak terlewat nak menyuarakan kegembiraan di hati.. Kebanyakan BLOG santapan wajib saya dah 'siarkan' mengenai kemenangan NS menentang Kelantan, 3-1. Blog TIJAH dan HJH ESAH le.. seronok baca blog mereka. (sebab satu kampung ko agak e??? ) eh tak.. tak.. Blog mereka ada sesuatu untuk di bawa pulang hehehe...Tak perlu lah cerita panjang.. anda bacalah sendiri. Ada juga blog lain saya buka, tapi bukanlah setiap hari..


Hati rasa resah sebab anak, pak cik spekter (bertugas pakcik ni) dan anak saudara berada di Stadium, yelah kami dah jangkakan tindakan pasukan lawan (baling botol, bakar mercun)..Bila NS sumbat gol... rasa resah tu hilang kejap..tapi bila tgk mcm2 objek di baling kat padang, risau lagi..nak cerita pun panjang..kat paper n radio hari ni dah banyak bincang pasal isu ni. Kito bueklah pengajaran yo...

Yeahhh... Skuad Hoben Jang Hoben telah menceriakan hari Sabtu kami...


1 ulasan: